Princess Pink


isi hati si mahu mati
Tuesday, September 17, 2019 | 7:41 AM | 0 Throw Hearts
Bunuh diri tak ada iman?

Macam mana pulak kalau dengan orang yang hidup dia bergantung dengan machine dan dia tak tahan rasa sakit malah ia hanya menambahkan kesakitan dan dia buat  keputusan untuk berhenti berharap pada machine walaupun dia tahu dia akan mati.

what? bunuh diri ni lain dari statement kat atas?

Tak sama ke? Orang yang depresi sampai tahap nak bunuh diri adalah disebabkan kesakitan yang selama ni dia rasa dan dipendam seorang diri. Dan sampai satu tahap kesakitan dah di tahap yang paling maksima yang dia tak mampu lagi tahan.

Jadi..
dia buat keputusan untuk mati sebab dia tahu lagi lama dia hidup lagi banyak kesakitan yang dia perlu rasa. jadi, apa beza?

jangan bilang orang yang mahu mati ni tiada iman kalau kau tak berada di tempat dia.


Atau.....

ada sesiapa boleh perjelaskan pada aku Iman ini adalah apa sebenarnya? Siapa baik hati hati, aku mohon perjelaskan pada aku kerana aku msih tak mengerti.



PAST | PRESENT